Search
Close this search box.
Dua buah kereta yang bertembung menyebabkan 12 mangsa mengalami kecederaan di Jalan Lukut-Penyulau di Kanowit petang tadi. Foto: IPD Kanowit

Tayar pecah punca dua kereta bertembung di Kanowit, 12 cedera

KANOWIT, 24 Sept: Tayar pecah dipercayai menjadi punca dua buah kereta bertembung sehingga menyebabkan 12 mangsa cedera dalam kejadian di Jambatan Angkong, Jalan Lukut Penyulau, di sini pada petang tadi.

Mereka yang cedera termasuk lapan yang berusia 14 hingga 55 tahun selain empat kanak-kanak.

Ketua Polis Daerah Kanowit, Deputi Superintendan (DSP) Tega Bilong berkata, kejadian yang berlaku pada 3.15 petang itu melibatkan kereta jenis Proton Saga dan Perodua Axia yang masing-masing dinaiki tujuh dan lima orang penumpang

“Berdasarkan siasatan, kemalangan berlaku apabila kereta Proton Saga yang dipandu oleh lelaki berusia 32 tahun dalam perjalanan dari Kanowit ke Sibu.

“Setiba di lokasi kejadian, secara tiba-tiba kereta Perodua Axia dari arah bertentangan memasuki laluan Proton Saga lalu bertembung,” katanya ketika dihubungi TVS.

Menurutnya kesemua mangsa dibawa ke Hosoital Kanowit untuk menerima rawatan.

“Polis percaya kemalangan berpunca akibat kereta Perodua Axia yang dipandu oleh seorang wanita berusia 35 tahun hilang kawalan selepas tayar hadapan kanan pecah secara tiba-tiba,” jelasnya.

Kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan