Search
Close this search box.
Datuk Ding Kuong Hiing bersama anggota Rela pada Majlis Penutupan Kursus Pasukan Keselamatan itu di Bintangor, pada Ahad. Foto: TVS

Kerajaan Sarawak hargai sumbangan RELA

BINTANGOR, 24 Sept: Kerajaan Sarawak menghargai peranan dimainkan oleh Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang menjaga keselamatan awam di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, anggota RELA bukan sekadar menjaga keselamatan di majlis-majlis keraian malah turut bersedia memastikan kesejahteraan masyarakat terpelihara.

Malah katanya, kesiapsagaan anggota RELA dikerahkan bagi sebarang penugasan termasuk di zon bencana juga amat mengagumkan.

“Tanpa sumbangan serta jasa RELA, sudah tentu kita di Meradong tidak dapat menikmati keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan seperti yang dikecapi hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Kursus RELA Daerah Meradong 2023 di Dewan Pejabat Daerah Meradong di sini, hari ini.

Kuong Hiing berkata, sebagai wakil rakyat, beliau kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh anggota RELA yang sanggup ke tempat bertugas pada awal pagi dan pulang ke rumah hingga lewat malam.

Pada majlis yang sama, Kuong Hiing turut menyerahkan Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) RM 5,000 kepada RELA Daerah Meradong untuk menjalankan aktiviti tahunan.

Turut hadir, Pegawai RELA Daerah Meradong, Awang Abdul Rahman Awang Shajirin dan wakil Pegawai Daerah Meradong, Ting Kai Siang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan