Search
Close this search box.
Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berucap di Majlis Penangguhan Pesta Simunjan 2023 petang tadi. Foto: TVS

Kekalkan kestabilan politik di Sarawak – Mohamad Asfia

SIMUNJAN, 24 Sept: Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar menyeru kepada rakyat Sarawak supaya mengekalkan kestabilan politik yang dinikmati di wilayah ini.

Beliau yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berkata, keutuhan politik yang dimiliki Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah memberi pelbagai manfaat kepada rakyat Bumi Kenyalang.

Menurut beliau, ini termasuk di peringkat Kerajaan Persekutuan apabila wakil rakyat Sarawak diberi peranan penting termasuk sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Menerusi kekuatan yang dipamerkan oleh Kerajaan GPS Sarawak, Kerajaan Perpaduan tidak teragak-agak untuk melantik wakil Sarawak sebagai Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Fadillah Yusof.

“Kita bercakap (soal kemenangan) 90 peratus ke atas, bukan dua pertiga (maka) sebab itulah kita dapat (jawatan) Timbalan Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penangguhan Pesta Simunjan 2023 di Tapak Regata Pesta Simunjan di sini petang tadi.

Turut hadir Ahli Parlimen Batang Sadong Rodiyah Sapiee, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris dan ADUN Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor.

Menurutnya GPS mencatatkan prestasi cemerlang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 2021 dan seterusnya berjaya membawa kestabilan kepada Sarawak selain pentadbiran lancar yang memanfaatkan rakyat.

“Sebab kita kuat dan kukuh. Oleh itu, pastikan (GPS) terus kuat dalam DUN Sarawak manakala ADUN kita kuat di peringkat akar umbi.

“Dengan itu kita dapat bersuara, berdiri sama tinggi dengan rakan – rakan di Semenanjung Malaysia,”katanya lagi.

Sementara itu, beliau turut berharap agar rakyat Sarawak terus memberikan sokongan kepada Ahli Parlimen atau ADUN wanita yang bertanding di bawah panji GPS.

“Kita (GPS) akan mengemukakan calon-calon wanita. Jangan menganggap kawasan anda tidak bernasib baik kerana memiliki pemimpin wanita

“Wanita (pemimpin) akan bertambah sebab ini merupakan trend di peringkat global,” katanya. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan