Search
Close this search box.
Antara peniaga tempatan yang menjual kuih bulan di Festival Kuih Bulan Batu Kawa di Kuching. Foto: Ahmad Nasrullah (TVS)

Festival Kuih Bulan Batu Kawa platform promosi perniagaan tempatan

ByRegina Lee

KUCHING, 24 Sept: Penganjuran Festival Kuih Bulan Batu Kawa (BKMF) merupakan platform terbaik bagi peniaga tempatan mempromosi serta memasarkan produk mereka.

Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Kho Teck Wan berkata, peniaga terlibat juga boleh menjadikan festival ini untuk menguji produk mereka mendapat sambutan atau sebaliknya.

Sehubungan itu Teck Wan berharap BKMF dapat diteruskan pada setiap tahun.

“Sudah tentu BKMF memerlukan sokongan penduduk di Batu Kawa termasuk pemilik kedai di sini.

“Mungkin ada yang berpendapat (BKMF) menyusahkan orang ramai untuk selama kira-kira dua minggu, namun inilah caranya bagaimana kita hidupkan semula sebuah bandar lama,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian BKMF mewakili Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian pada Sabtu.

Turut hadir, Senator Dewan Negara, Datuk Ahmad Ibrahim dan Pengarah Urusan Syarikat Pembinaan Lee Onn, Dato Tan Guek Kee.

Tambah Teck Wan, penganjuran festival ini bukan sekadar sambutan perayaan untuk kaum Cina sahaja sebaliknya acara ini unik kerana menjadi tempat pelbagai kaum di Sarawak berkumpul.

“Mari kita jadikanya sebuah memori kepada anak-anak agar mereka tahu bahawa semua perayaan di Sarawak adalah perayaan bersama dan ini sebahagian daripada budaya mereka,” ujarnya.

Festival BKMF bermula pada 23 September hingga 1 Oktober 2023 dengan 130 gerai jualan dibuka pada 5 petang hingga 11 malam. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan