Search
Close this search box.
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di dua PPS di Limbang kekal 33 orang daripada tujuh keluarga, setakat pagi tadi. Foto APM Sarawak.,

Banjir: 33 mangsa masih berlindung di PPS Limbang

KUALA LUMPUR, 24 Sept: Seramai 299 mangsa banjir masih berlindung di empat pusat pemindahan sementara (PPS), di tiga negeri yang terjejas setakat 9 pagi ini.

Di Perak, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan, jumlah mangsa banjir meningkat kepada seramai 38 orang pagi ini berbanding 35 mangsa daripada lapan keluarga malam tadi, dan masih ditempatkan di PPS Sekolah Rendah Kebangsaan Changkat Lobak di daerah Kerian.

Di Sabah, JBPN memaklumkan jumlah mangsa banjir di Beaufort kekal dengan seramai 228 mangsa daripada 72 keluarga, masih ditempatkan di PPS Dewan Selagon, pagi ini.

“Kesemua mangsa merupakan dari lima kampung di Beaufort yang terjejas akibat banjir,” menurut kenyataan itu.

Keadaan sama direkodkan di Sarawak, dengan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di dua PPS di Limbang kekal 33 orang daripada tujuh keluarga, setakat pagi ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan