Search
Close this search box.
Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar (tengah) menunjukkan pendayung yang telah diturunkan tandatangan sebagai simbolik penangguhan Pesta Simunjan 2023. Foto: TVS

ADUN Sarawak yang masih baharu akan dibawa melawat Parlimen Britain

SIMUNJAN, 24 Sept: Beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak yang baharu dilantik akan menyertai lawatan ke Parlimen Britain, kata Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar.

Beliau yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berkata, antaranya termasuk ADUN Simunjan, Awla Dris dan ADUN Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor.

Jelas Mohamad Asfia, lawatan itu bertujuan untuk memberi peluang kepada ADUN Sarawak untuk mempelajari kaedah yang betul ketika berucap, berhujah dan menjawab soalan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Lawatan ini kelak perlu bagi meningkatkan kemahiran ADUN Sarawak yang mewakili rakyat dalam menyampaikan segala permasalahan di DUN Sarawak dengan lebih berkesan.

“Di sanalah saya melatih ADUN Sarawak dan mereka dibawa supaya mendapat pendedahan bagaimana Parlimen di England berfungsi.

“Kita tidak mahu wakil rakyat terkongkong di Kuching sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penangguhan Pesta Simunjan 2023 di Tapak Regata Pesta Simunjan petang tadi.

Turut hadir Ahli Parlimen Batang Sadong Rodiyah Sapiee, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris dan ADUN Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor.

Sementara itu, Mohammad Asfia menjelaskan, Ahli Parlimen dari Sarawak tidak termasuk dalam kumpulan yang akan dibawa ke Parlimen di London kerana ia di luar bidang kuasa DUN Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan