Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir merasmikan Program Konvensyen Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak 2023 Zon Kuching, di Hikmah Exhange, di Kuching, hari ini. Foto: Faitullah Morni (TVS)
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir merasmikan Program Konvensyen Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak 2023 Zon Kuching, di Hikmah Exhange, di Kuching, hari ini. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Tenaga karbon Sarawak milik kerajaan negeri – Premier Sarawak

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 23 Sept: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menjelaskan bahawa tenaga karbon yang diperoleh di bumi Sarawak merupakan hak milk sepenuhnya kerajaan negeri.

Perkara itu menurut Abang Johari merujuk kepada Perlembagaan Sarawak, hak mengeluar dan menyimpan tenaga karbon terletak di bawah Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Tanah.

“Ada orang cakap karbon ini ialah hak kongsi termasuk rakan kita di Persekutuan, tetapi saya kata tidak, karbon adalah hak orang Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Konvensyen Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak 2023 Zon Kuching, di Hikmah Exhange, di sini, pada Sabtu.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai kuasa terhadap tenaga karbon kecuali hanya dari sudut perniagaan dan perdagangan dengan negara luar.

“Hal ini bermakna semua yang berkaitan dengan tanah adalah hak negeri, iaitu hak PBB dan Gabungan Parti Sarawak (GPS), tiada persoalan mengenai perkara itu.

“Perdagangan (karbon) secara terkawal adalah terletak di bawah protokol kebangsaan, tetapi hak mengeluar dan menyimpannya adalah hak Sarawak, jadi PBB harus mempertahankan hak itu,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan