Search
Close this search box.
Naib Yang Dipertua Kanan PBB, Datuk Seri Fadillah Yusof di Program Konvensyen PBB Sarawak 2023 Zon Kuching, di Hikmah Exchange, di Kuching, hari ini. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Konvensyen Khas PBB Zon Kuching sepakat lapan usul, serah kepada Presiden – Fadillah

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 23 Sept: Konvensyen Khas Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Kuching berjaya mencapai lapan usul yang dicapai secara sebulat suara para ahli hari ini, kata Naib Yang Dipertua Kanan PBB, Dato Sri Fadillah Yusof.

Kesemua usul itu menurut Fadillah telah disampaikan kepada Presiden PBB, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau menegaskan para ahli bersepakat bahawa sokongan merupakan tonggak utama Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang sentiasa memainkan peranan penting dalam memastikan perpaduan dan kekuatan gabungan tersebut.

“Kami ahli-ahli PBB memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Yang Dipertua PBB dan Premier Sarawak untuk terus menerajui PBB dan GPS bagi memastikan kestabilan politik Sarawak dan negara Malaysia.

“Selain itu, kami juga memberi kepercayaan sepenuhnya dalam usaha memastikan hak-hak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) 1962 dan Perlembagaan Persekutuan dikembalikan oleh Kerajaan Perpaduan seperti yang dijanjikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Konvensyen PBB Sarawak 2023 Zon Kuching, di Hikmah Exchange, di sini, hari ini.

Fadillah yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, seluruh ahli PBB bertekad memastikan status dan peranan PBB kekal dominan sebagai parti tulang belakang kepada kepimpinan GPS dan Kerajaan Sarawak.

Beliau menambah ahli PBB turut menekankan matlamat supaya Sarawak dapat mencapai status negeri maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030 berpandukan dasar dan perancangan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

“Kami menyokong sepenuhnya Dasar Ekonomi Baru yang berteras kepada Ekonomi Hijau dan Ekonomi Hidrogen dan inisiatif yang diambil oleh Premier untuk mentransformasikan ekonomi negeri ini.

“Dalam pada itu, kami juga bertekad memastikan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum, agama dan budaya di Sarawak dapat dipelihara dan diperteguh agar masyarakat dapat hidup aman damai dan harmoni,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan