Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Logo UEM Edgenta.

UEM Edgenta terima pengiktirafan Malaysia Book of Records

ByConnie Grace

KUCHING, 22 September: UEM Edgenta Berhad atau syarikat Pengurusan Aset dan Penyelesaian Infrastruktur menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) atas sumbangan dalam sektor rumusan penjagaan kesihatan menerusi pembinaan bangunan Unit Rawatan Rapi Hibrid Lapangan (FHyIC) terpantas semasa pandemik COVID-19.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UEM Edgenta Syahrunizam Samsudin menerusi kenyataan media pada Khamis, syarikat ini berjaya menyediakan sejumlah 150 katil yang canggih di hospital-hospital kerajaan terpilih di Malaysia sekaligus membuktikan komitmen UEM Edgenta terhadap inovasi dan pelaksanaan projek yang unggul dalam mendepani keadaan yang mencabar.

“Memanfaatkan kepakaran khusus kami, kami berjaya merealisasikan konsep inovatif FHyICU Kementerian Kesihatan – sebuah unit ICU mudah alih yang dilengkapi dengan bekalan kuasa, oksigen dan bekalan air sendiri.

“Kejayaan menyiapkan kemudahan FHyICU 150-katil ini adalah bukti komitmen tidak berbelah bahagi kami dalam memenuhi keperluan penjagaan kesihatan negara, terutamanya semasa fasa-fasa kritikal pandemik COVID-19,” katanya menerusi kenyataan media pada Khamis.

Pengiktirafan ini akan mendorong UEM untuk terus menyampaikan perkhidmatan dan penyelesaian yang terbaik sekali gus menyumbang kesejahteraan komuniti dan kemajuan infrastruktur penjagaan kesihatan negara.

Pembinaan FHyICU ini merupakan satu inisiatif yang bertujuan untuk meningkatkan keupayaan penjagaan kritikal dan telah dilaksanakan secara serentak di beberapa lokasi di seluruh Malaysia semasa tempoh mencabar COVID-19.

Ujarnya, dengan jumlah 14 lokasi yang berbeza, pencapaian ini menekankan komitemen UEM Edgenta terhadap kecermelangan penjagaan kesihatan dan dedikasinya untuk menyokong infrastruktur penjagaan kesihatan negara terutamanya semasa waktu krisis. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan