Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin menunjukkan foto wajah 14 suspek yang disyaki terbabit dalam kes penculikan seorang wanita Indonesia pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di George Town hari ini. Foto: TVS

Suami berhutang, isteri diculik, diseksa 10 hari

GEORGE TOWN, 22 Sept: Akibat suaminya gagal melangsaikan hutang kepada kepada seorang lelaki tempatan berjumlah RM540,000, seorang isteri diculik dan dikurung selama 10 hari.

Mangsa, warga Indonesia berusia 36 tahun itu dikatakan diikat dengan rantai besi selain dicucuh dengan puntung rokok dan jarum selain disebat dengan paip getah sehingga mengalami kecederaan pada badan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, mangsa bagaimanapun berjaya diselamatkan polis menerusi Op Scorpion Rantai ketika dia dikurung di dalam sebuah rumah di Shah Alam, Selangor pada 17 September lalu.

Kok Chin berkata, siasatan pihaknya mendapati mangsa datang ke negeri ini untuk bercuti sebelum dia diculik ketika berada di rumah rakannya di Relau di sini pada 7 September.

“Suspek utama telah meminta wang tebusan daripada suami mangsa yang berada di Indonesia dengan alasan lelaki itu berhutang sebelum mangsa dilarikan dan dikurung di beberapa lokasi.

“Suami mangsa turut membuat pembayaran kepada suspek berjumlah RM50,750 menerusi pengurup wang, namun isterinya tidak dilepaskan sebelum suspek meminta membayar RM540,000 lagi.

“Lelaki yang bekerja sebagai kontraktor di negara ini tersebut kemudiannya datang ke Malaysia dan membuat laporan di Balai Polis Kinrara, Selangor pada 15 September,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini hari ini.

Tambah beliau, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bersama IPK Pulau Pinang dan IPK Selangor berjaya mengesan mangsa dua hari selepas melancarkan operasi tersebut.

“Mangsa dikatakan dikurung di Butterworth (Pulau Pinang) selama tiga hari, di Puchong (Selangor) selama empat hari dan di Shah Alam (Selangor) selama tiga hari sebelum diselamatkan.

“Turut diselamatkan, seorang lelaki warga Indonesia berusia 27 tahun yang dikurung bersama mangsa,” katanya lagi.

Tambah Kok Chin, seramai 14 suspek berusia 23 hingga 70 tahun termasuk dua wanita ditahan dalam operasi antara pukul 6 pagi hingga 10.30 malam di beberapa lokasi sekitar Perak, Selangor dan Kuala Lumpur.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Culik 1961. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan