Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengasas dan Pengarah Ekesekutif HAUS KCH yang juga Penerbit Program Seni Kita, Syed Rusydie Syed Habib bercakap pada sidang media Seni Kita di HAUS KCH. Foto: TVS.

Seni Kita Weekend: Subcultures sajikan dua pameran, bermula esok

KUCHING, 22 Sept: Seni Kita ‘Weekend: Subcultures’ siri ketiga 2023 bakal kembali pada esok, 23 dan 24 Sept di HAUS KCH mengenegahkan acara subbudaya sekali gus melancarkan dua pameran seni kontemporari.

Pengasas dan Pengarah Eksekutif HAUS KCH, Syed Rusydie Syed Habib yang juga Penerbit Program Seni Kita berkata, dua pameran yang bakal menemui orang ramai adalah  ‘Altered Natives’ dan ‘Roots and Remixes’.

Seni Kita Weekend bermula hari ini | TVS

“Pada Seni Kita Weekend: Subcultures ini, kami melancarkan dua pameran seni kontemporari, satu dikendali oleh T.Bagak dan pameran itu dipanggil ‘Altered Natives’.

“Kedua, adalah ‘Roots dan Remixes’ dengan dicipta bersama oleh Pici Pamg. Akan ada pameran berbeza yang berlangsung selama sebulan di dua tingkat berbeza, di tingkat dua dan tingkat tiga setiap satu,” katanya pada sidang media di HAUS KCH,di sini, pada Jumaat.

Dalam pada itu, katanya segmen Pasar Seni Kita akan melibatkan 21 Vendor seperti jualan barangan seni, makanan dan minuman, seni mempertahan diri campuran dari FightX dan kiropraktor dari Jaya Chiropractic serta penampilan pertama secara langsung bagi siri ‘Tuak Talk’.

“Perkara lain yang berlaku pada hujung minggu ini adalah termasuk Pasar Seni Kita, kali ini mempunyai kira-kira 21 vendor dari barangan seni, makanan, minuman, seni mempertahankan diri campuran dengan FightX dan juga kiropraktor, Jaya Chiro.

“Itu akan berlaku di tingkat satu dan dua. Selain itu, kami juga teruja untuk mengumumkan bahawa, Tuak Talk Show yang buat kali pertama bersiaran langsung di khalayak ramai,” ujarnya.

Untuk rekod, pelancaran dua pameran seni kontemporari tersebut melibatkan artis dan penyumbang dari empat wilayah Borneo iaitu Sarawak, Sabah, Brunei dan Kalimantan.

Pameran seni ‘Altered Natives’ akan mempamerkan visual baharu dan karya yang belum dikeluarkan oleh artis seperti Elroy Ramantan (Brunei), Sang Tukang (Sabah), Marcos Kueh (Sarawak), Reef (Sarawak), T.Bagak (Sarawak), Tuh Dek (Sarawak) dan Zakaria Pangaribuan (Kalimantan).

Selain itu, pameran seni ‘Roots and Remixes’ merupakan gabungan pameran seni yang mempamerkan konsep subbudaya dalam aspek tradisional dan perspektif moden yang menampilkan Jasmine Dadi (Kurator dan Artis Pelbagai Disiplin), Pici Pamg (Kurator dan Artis Media Campuran), Jocelyn Sim (Pereka Produksi), Nagaia (Artis Tatu), Mira Hector (Artis Tatu), Leon Noel (Artis Media Campuran) dan Adrian Jo Milang (Pengamal Budaya).

Kedua-dua malam itu turut menyaksikan persembahan atas bumbung semasa matahari terbenam oleh Ezra Tekola dari At Adau manakala malam Sabtu menyaksikan ‘Hear Me Out’ yang dihoskan oleh Jayc.

Pada masa yang sama, hari terakhir akan menyajikan segmen penutup ‘Kamboh’, menampilkan FightX, dan pertempuran dram dari Komuniti Drum Sarawak serta Pesta Tarian oleh Raminari, kolektif tarian baharu yang menekankan muzik funk.

Seni Kita Weekend: Subcultures terbuka kepada orang ramai dari 11 pagi hingga 10 malam di Bangunan HAUS KCH. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan