Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg melancarkan simbolik Perasmian Sarawak Agrofest 2023 di sini, hari ini. Foto: Faitullah Morni.

Sarawak tuntut kerjasama Persekutuan tingkat pengeluaran padi – Abang Johari

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 22 Sept: Kerajaan Sarawak menuntut kerjasama Kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan pengeluaran padi dan beras negara dalam usaha melestarikan kerterjaminan makanan negara, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg

Menurut beliau pertanian padi merupakan faktor penting dalam membantu agenda kerterjaminan makanan di negara ini.

Sarawak tuntut kerjasama Persekutuan tingkat pengeluaran padi | TVS

“Tentunya kita minta kerjasama dari Kerajaan Persekutuan untuk mendapatkan peruntukan kerana usaha untuk membangunkan pertanian padi ini memerlukan kos yang besar untuk sistem pengairan dan saliran.

“Timbalan Perdana Menteri Dato’ Sri Fadillah Yusof ada tanya saya berkenaan kawasan di penanaman padi di Sri Aman, yang mana kawasan itu sahaja memerlukan sekurang-kurangnya Rm1 bilion.” kata beliau pada Majlis Perasmian Sarawak Agrofest 2023 di Dataran Perayaan Stadium Negeri di sini, pada Jumaat.

Dalam pada itu Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi Dato Sri Fadillah Yusof memberi respon bahawa pihaknya akan mengadakan perbincangan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk meneliti hasrat yang disuarakan Abang Johari itu.

“Perbincangan itu bagi meneliti supaya ada peruntukan lebih awal supaya kita dapat menyediakan segala sistem pengairan dan saliran untuk penanaman padi khususnya di kawasan yang dimaklumkan Abang Johari.

Sarawak Agrofest 2023 yang bermula Jumaat hingga 1 Oktober depan menyajikan pelbagai pengisian menarik kepada para pengunjung.

Lebih 200 pempamer akan mempamerkan produk, perkhidmatan dan inovasi yang dijual serta dipamerkan sepanjang 10 hari festival  ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Menteri Industri Makanan, Komoditi Dan Pembangunan Wilayah Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan