Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pesta Benak Sri Aman yang akan memeriahkan Bandar Simanggang bermula pada minggu depan. Gambar ihsan penganjur.

Pesta Benak Sri Aman: 46 pasukan sahkan penyertaan acara regata

ByAkma Salleh

KUCHING, 22 Sept: Sebanyak 46 pasukan mengesahkan penyertaan bagi acara regata sempena Pesta Benak Sri Aman yang bermula pada minggu depan.

Pengerusi Regata Benak, Michaelson Nyisin berkata, edisi kali ini telah mencatatkan rekod baharu bagi acara tersebut.

Pesta Benak 2023: Sasar lebih 50,000 pengunjung | TVS

“Bagi edisi kali ini, kita telah mencatatkan rekod baharu dari seluruh Sarawak dengan penyertaan 46 pasukan regata melibatkan 372 acara sepanjang penganjurannya bermula 29 September hingga 1 Oktober nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma bapa Malaysia, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak yang juga yang juga Penasihat Jawatankuasa Induk Pesta Benak Sri Aman 2023 Datuk Francis Harden Hollis.

Sehubungan itu, Residen Bahagian Sri Aman merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Pesta Benak 2023, Abang Mohamad Porkan Abang Budiman berkata, pihaknya mensasarkan lebih daripada 50,000 kehadiran pengunjung datang ke Sri Aman bagi menyaksikan Pesta Benak tahun ini.

Jelas beliau, jumlah berkenaan dapat membantu meningkatkan sosioekonomi di kawasan itu.

“Selain Pesta Benak, akan ada perasmian bagi projek rakyat seperti Galeri Rumah Sri Aman.

“Minggu ini sebenarnya berlangsung karnival sempena pesta benak. Ini sudah pasti dapat menjana pendapatan orang Sri Aman terutama yang terlibat dalam keusahawanan selain meningkatkan sektor pelancongan bagi bahagian Sri Aman,” katanya.

Antara pengisian lain sempena pesta tersebut termasuklah Regata Benak Batang Lupar, Miss Tourism Benak 2023, Pameran Benak, Pertunjukan Luncur Benak, Pertandingan Memanah dan lain-lain.

Sebelum ini, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, selain menarik jumlah pelancong ke negeri ini, Kerajaan Sarawak turut berhasrat untuk mempromosikan Simanggang sebagai lokasi pesta ombak sungai yang utama di Malaysia.

Menurutnya, ini kerana fenomena alam yang menyaksikan pergerakan air sungai beralun menuju ke hulu sungai tidak berlaku di banyak tempat lain di negara ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan