Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota APM Limbang membantu menempatkan mangsa banjir di PPS Dewan Serbaguna Buluh Balui. Foto: APM Limbang

Mangsa banjir meningkat, dua PPS dibuka di Limbang

LIMBANG, 22 Sept: Dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka petang ini di sini bagi menempatkan keseluruhan 215 mangsa daripada 67 keluarga.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang, Leftenan (PA) Mirwan Shah Masri berkata dua PPS terlibat adalah Dewan Masyarakat Medamit dan Dewan Serbaguna Buluh Balui.

“PPS Dewan Serbaguna Buluh Balui dibuka jam 2.30 petang tadi bagi menempatkan 16 mangsa terdiri tujuh lelaki dan sembilan perempuan dari lima keluarga.

“Kesemua mangsa banjir daripada Kampung Buluh Balui, Ranggu, Batu Danau dan Pandak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mirwan menambah mangsa banjir Dewan Masyarakat Medamit meningkat kepada 199 mangsa dari 62 keluarga daripada Kampung Baru Medamit dan Kampung Tanjong.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan