Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota APM memeriksa paras air di Kampung Ukong dan Ranggu. Foto: TVS

Mangsa banjir ditempatkan di PPS Mendamit bertambah

LIMBANG, 22 Sept: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Masyarakat Mendamit meningkat hari ini.

Menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang, Leftenan (PA) Mirwan Shah Masri, PPS itu menempatkan seramai 195 penduduk daripada 62 keluarga berbanding 178 orang daripada 61 keluarga semalam.

Daripada jumlah itu, 49 adalah lelaki dan 67 wanita dewasa, 27 kanak-kanak lelaki dan 21 kanak-kanak perempuan, dua orang kelainan upaya (OKU) lelaki serta tujuh warga emas lelaki dan enam warga emas wanita manakala bayi pula seramai 16 orang iaitu 10 lelaki dan enam lagi bayi perempuan

“Kesemua mangsa banjir ini adalah dari Kampung Baru, Medamit dan Kampung Tanjong,” katanya kepada TVS.

Ujar Mirwan lagi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Limbang turut memantau keadaan di PPS Dewan Masyarakat Medamit.

Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Limbang turut mengagihkan bantuan bungkusan makanan kepada mangsa banjir di PPS sejak ia dibuka pada Rabu.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mengadakan aktiviti pengasapan di Dewan Masyarakat Medamit semalam.

Selain itu, Pihak Polis Diraja Malaysia serta agensi berkaitan turut berada di PPS Dewan Masyarakat Medamit. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan