Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek (tengah) dan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah) Azman Adnan (kanan) pada pelancaran Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Buli dan Gangguan Seksual di Insititusi Pendidikan di Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin di Bukit Mertajam. Foto: Fadhlina Sidek (FB)

KPM lancar garis panduan tangani isu buli, gangguan seksual – Fadhlina

BUKIT MERTAJAM, 22 Sept: Kementerian Pendidikan (KPM) melancarkan Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Buli dan Gangguan Seksual di Insititusi Pendidikan dalam menangani isu buli dan gangguan seksual secara proaktif.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, garis panduan itu akan dilaksanakan di kesemua institusi KPM termasuklah sekolah, kolej matrikulasi, kolej tingkatan enam dan institut pendidikan guru (IPG).

Tiada kompromi libatkan kes buli dan gangguan seksual | TVS

Menurutnya tumpuan yang diterapkan dalam garis panduan itu membabitkan aspek Karamah Insaniah dalam tujuh teras utama KPM iaitu penekanan pembentukan adab, akhlak dan integriti.

“Tumpuan kepada pelancaran garis panduan ini adalah untuk memelihara maruah manusia dan penindasan terhadap maruah ini tidak boleh berlaku dalam ekosistem sekolah kita.

“Sebab itu saya sebutkan juga bahawa tiga ‘dosa besar’ di peringkat KPM iaitu buli, gangguan seksual dan perkauman tidak akan sama sekali kita kompromi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Buli dan Gangguan Seksual di Insititusi Pendidikan yang diadakan di Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah), Azman Adnan.

Sementara itu, Fadhlina berkata, pelaksanaan garis panduan itu akan diperincikan melalui surat pekeliling yang dikeluarkan pihaknya ke institusi di bawah KPM.

“Semua akan dapat maklumat termasuklah senarai semak, carta alir dan aktiviti yang kita bekalkan dengan semua komponen untuk mengurus (salah laku).

“Kita ada program-program yang merentas agama, kaum dan kepelbagaian bagi memastikan advokasi hentikan buli ini berlaku di semua sekolah merentas agama, bangsa dan ras,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan