Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin merakam kenangan bersama peserta pada Program ‘From Seeding To Sustainability’ di Universiti Curtin pada hari ini. Foto: TVS

Jalan khusus untuk pengangkutan awam diperlukan untuk baiki aliran trafik – Lee

MIRI, 22 Sept: Jalan khusus bagi laluan pengangkutan awam di negeri ini antara perancangan bagi mengubah dan menambah baik aliran trafik dalam bandar pada masa akan datang.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, hal ini sekali gus mempromosikan penggunaan pengangkutan awam sekali gus mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas yang sering dialami oleh rakyat di bandar.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin menanam pokok tecoma untuk sesi ‘Adopt A Tree’ pada Program ‘From Seeding To Sustainability’ di Universiti Curtin pada hari ini. Foto: TVS

“Saya fikir untuk perancangan bandar pada masa hadapan kita ingin menambah baik dan mengurangkan kereta persendirian terutamanya di kawasan bandar untuk mempromosikan pengangkutan awam. Oleh itu, kita memerlukan perubahan dalam perancangan dan jalan khusus untuk pengangkutan awam supaya ia tidak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

“Inilah yang kita beritahu kepada perancang kita kerana tiada siapa yang mahu menggunakan bas awam sekiranya masih terperangkap dalam kesesakan lalu lintas,” katanya pada Program ‘From Seeding To Sustainability’ di Universiti Curtin di sini, hari ini.

Tambahnya, ini juga akan mengubah minda orang ramai untuk menggunakan pengangkutan awam apabila mereka mempunyai pilihan lain untuk tiba ke destinasi dengan lebih penjimatan masa.

“Jika pengangkutan awam mempunyai jalan khusus yang akan membuatkan kita sampai ke destinasi dengan menepati masa iaitu dalam tempoh 10 minit, apakah yang anda akan lakukan? Mengapa saya perlu memandu kereta saya, membelanjakan minyak, parkir dan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas?

“Saya fikir ini akan mengubah minda orang ramai untuk menggunakan pengangkutan awam tetapi pengangkutan awam kita mestilah sangat cekap, dipercayai dan menepati masa. Oleh itu, kita perlu ada jalan khusus untuk pengangkutan awam. Kita perlu perubahan tentang mobiliti bandar,” ujarnya.

Hal ini bagi mengikuti contoh usaha ibu kota negara baru Indonesia iaitu Nusantara untuk menjadi ‘Bandar 10 Minit’ yang hanya memerlukan 10 minit untuk para penduduk ke destinasi mereka dengan 80 peratus penggunaan pengangkutan awam dan 20 peratus pengangkutan peribadi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan