Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis menahan seorang wanita warga Filipina dan seorang lelaki rakyat tempatan kerana disyaki terlibat dengan sindiket pemerdagangan manusia di Labuan. Foto hiasan, Envato.

Dua bersaudara dari Sarikei dipaksa jadi ‘scammer’ di Myanmar merayu diselamatkan

SARIKEI, 22 Sept: Dua bersaudara berasal dari Sarikei merupakan antara rakyat Malaysia yang merayu agar diselamatkan berikutan  menjadi mangsa pemerdagangan dan dipaksa bekerja sebagai ‘scammer’ oleh satu sindiket di Myanmar.

Ketua Polis Daerah Sarikei, Superintendan Awang Arfian Awang Bujang berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian itu daripada seorang wanita yang merupakan kakak kepada salah seorang mangsa pada jam 12.43 petang semalam (21 Sept, Khamis).

“Wanita itu melaporkan menerima mesej WhatsApp adiknya yang berusia 29 tahun dan sepupunya berumur 35 tahun yang kini berada di Myanmar.

“Adiknya memberitahu dia, sepupu dan beberapa orang rakyat Malaysia yang lain telah didera oleh majikan mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, adik wanita berkenaan dipercayai pergi ke Thailand Julai lalu manakala sepupunya pada Jun lalu, selepas mendapat tawaran pekerjaan melalui Facebook dengan gaji lumayan.

Katanya, mereka kemudian dibawa ke Myanmar oleh ejen selepas tertarik dengan tawaran gaji sebanyak RM3,000 sebulan, namun tidak ada memberitahu pekerjaan apa.

Awang Arfian menambah pengadu juga dimaklumkan bahawa kad pengenalan dan passport mereka telah diambil oleh majikan.

“Selain dipaksa bekerja sebagai ‘scammer’ mereka akan didenda, didera atau dijual kepada ejen yang lain dan kadangkala dipaksa untuk makan makanan yang tidak halal sekiranya gagal mencapai sasaran,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan