Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew melawat pameran pembelajaran guru pelatih pada Majlis Perasmian Penutupan Showcase dan Pameran di IPGKS Miri hari ini. Foto: TVS

Belia perlu dalami teknologi rantaian blok – Sebastian

MIRI, 22 Sept: Belia di negeri ini perlu mendalami teknologi rantaian blok agar golongan itu peka terhadap perkembangan industri berkaitan, kata Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew.

Menurut beliau perkara itu akan menjadikan mereka lebih memahami teknologi berkenaan selain tidak hanya memfokuskan kepada keburukannya sahaja.

Tambah Sebastian, teknologi diakui juga sentiasa bergerak pantas justeru itu para belia perlu bersama mengejarnya supaya mereka tidak ketinggalan.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew semasa sesi penyampaian hadiah kepada salah satu pasukan guru pelatih pada Majlis Perasmian Penutupan Showcase dan Pameran di IPGKS Miri pada hari ini. Foto: TVS

“Para belia di Sarawak dan Malaysia mesti tahu mengenai teknologi rantaian blok kerana ia akan sentiasa ada dalam kebanyakan syarikat. Ia seperti pasaran saham, ia akan sentiasa ada sama ada ia baik atau buruk.

“Teknologi rantaian blok akan sentiasa ada dan bergerak lebih pantas. Kita mesti memberitahu dan membantu anak-anak kita agar mereka tahu tentang perkara tekonologi rantaian blok ini.

“Kita tidak perlu melibatkan diri, tetapi dapatkan ilmu mengenainya,” katanya demikian semasa Majlis Perasmian Penutupan Showcase dan Pameran di Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak (IPGKS) Miri di sini, pada Jumaat.

Sebastian dalam pada itu menekankan bahawa para guru juga perlu mendidik pelajarnya mengenai teknologi rantaian blok dalam pembelajaran untuk sebagai persiapan mereka untuk masa hadapan.

“Jika kita bercakap tentang kecerdasan buatan (AI) dan semua ini, semuanya akan berlaku pada masa hadapan. Kita bercakap tentang inovasi dan kebolehcapaian, ini juga sebahagian daripada guru boleh memberitahu anak-anak tentang teknologi rantaian blok. Bukan untuk mendalaminya, tetapi untuk mengetahuinya. Ada universiti yang mengajar kursus semua ini,” ujarnya.

Program dua hari ini bermula semalam, dan berakhir hari ini, 22 Sept menyediakan platform bagi para pelajar mempamer dan membentangkan produk-produk pembelajaran, keberhasilan dan kejayaan pencapaian mereka sepanjang pengajian di IPGK Sarawak dalam usaha menghasilkan bakal guru yang berkualiti dan berkompeten.

Antara bahan-bahan pembelajaran yang dipamerkan berfokus kepada robotik dan dron, karya seni visual bersama IPGK Tun Hussein Onn Batu Pahat, Johor, inovasi, penyelidikan dan penerbitan, kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna (KPPB), Transformasi Sekolah 25 (TS 25), Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), pedagogi peribumi, bimbingan dan kaunseling, dan Promosi Kerjaya IPG. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan