Search
Close this search box.
Keadaan bas dua tingkat yang dinaiki 18 penumpang dan dua pemandu dalam kejadian tersebut. Foto: JBPM

Pemandu, dua penumpang maut bas ekspres terbabas

ByBernama

KUANTAN, 20 Sept: Tiga lelaki maut selepas bas ekspres dua tingkat dinaiki mereka terbabas di Kilometer 81 Jalan Lipis-Merapoh berhampiran Kampung Kubang Rusa, kira-kira 90 kilometer dari Kuala Lipis, awal pagi tadi.

Mereka yang meninggal dunia ialah pemandu bas Ab Aziz Daud, 63, dan dua penumpang iaitu Shukri Mat Noor, 55, serta Hossain Kamal, 41, yang merupakan warga Bangladesh.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, kemalangan berlaku pada 1.50 pagi semasa bas yang membawa 18 penumpang itu dalam perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan ke Kuala Lumpur.

“Bas itu dipercayai hilang kawalan semasa melalui selekoh menyebabkan terbabas ke bahu jalan,” katanya semasa dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, kejadian juga menyebabkan enam lagi penumpang dan pemandu kedua bas itu cedera, selain bahagian kiri bas remuk.

Mayat dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat dan kemalangan disiasat lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata, seramai 24 pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis dan Gua Musang, Kelantan dikejarkan ke tempat kejadian. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan