Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Roland Sagah Wee Inn merakam gambar kenangan bersama pemenang bagi kategori Qari dan Qariah Pertandingan Tilawah Al-Quran peringkat bahagian Serian. Foto: TVS

Serian bakal ada Temenggung Melayu dalam masa terdekat ini – Roland

SERIAN, 19 Sept: Jawatan bagi Temenggung Melayu Bahagian Serian bakal diperkenalkan dalam masa terdekat ini, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat Datuk Roland Sagah Wee Inn.

Menurut Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak itu ketika ini kesemua masyarakat di Serian telah mempunyai Temenggung masing-masing namun hanya kaum Melayu sahaja yang masih belum mempunyai Temenggung.

Roland memberitahu terdapat senarai nama yang dipilih bagi jawatan itu dan pihaknya kini hanya menunggu kebenaran untuk mengumumkannya.

“Ada beberapa oranglah (memohon) tetapi telah ditapis dan seorang telah dipilih namanya untuk dilantik sebagai Temenggung Melayu

“Kita telah membuat cadangan supaya Temenggung untuk Orang Melayu dilantik di Serian ini dan ini masih dalam proses pihak pentadbiran.

Roland berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penangguhan Tilawah Al-Quran peringkat bahagian Serian di Pusat Persidangan Serian, pada Isnin.

Hadir sama ADUN Tebedu Dr. Simon Sinang Bada, Pemangku Residen bahagian Serian Abdul Khalid Manap dan Pegawai Agama Islam Jabatan Agama Islam bahagian Serian Madihi Jamali.

Dalam pada itu Roland enggan mendedahkan jangka masa bagi pengumuman khabar baik berkenaan.

“Itu saya tidak dapat cakap berapa cepat (untuk diumumkan nama Temenggung Melayu baharu), kalau ikut hati saya esokpun boleh (umumkan).

“Terpulang kepada pihak pentadbiran negeri dan mereka akan memberi jawapan nanti kepada Pejabat Residen” jelasnya.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan