Search
Close this search box.
Datuk Seri Ahmad Maslan menerima cenderahati daripada Presiden AVA Sr Abdul Razak Yusak. Foto: TVS

Penilai hartanah manfaatkan AI, IoT hasilkan pangkalan data lebih tepat – Ahmad Maslan

KUCHING, 19 Sept: Penilai hartanah perlu memanfaatkan pendekatan Kecerdasan Buatan (AI) dan Internet of Things (IoT) agar perkongsian data dapat dilakukan secara ‘real time’ dalam kalangan pemaju yang terlibat dalam sektor terbabit.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata data yang diperoleh daripada penilai adalah penting untuk membantu penggubal dasar dalam menghasilkan pangkalan berkaitan hartanah yang cekap dan tepat.

“Apabila kita menggunakan data tepat maka ia boleh membantu rakyat dan juga pemaju untuk membina projek perumahan dan perniagaan tanpa menyebabkan timbul isu yang sebut sebagai ‘property overhand’.

“Jadi dalam keadaan yang kompleks dan saling berhubung, mereka perlu menggunakan kemahiran dan ilmu yang ada untuk membuat data yang baik dan kemudian membantu pengguna membuat pilihan lokasi sama bangunan perniagaan mahupun kediaman individu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Kongres Persatuan Penilai ASEAN (AVA) Ke-25 di Hotel Riverside Majestic di sini pada Isnin.

Beliau dalam pada itu menambah penilai bertanggungjawab membimbing dan mendidik pengguna khususnya pembeli dan bakal pemilik hartanah untuk mendapatkan maklumat mengenai pasaran hartanah.

Dengan menjalankan tugas mereka secara profesional dan menegakkan etika, nilai pasaran hartanah yang diurus niaga boleh diterjemahkan kepada data ekonomi yang boleh dipercayai

“Satu lagi.. bagaimana kita berhadapan dengan ekonomi dunia yag serba mencabar ia juga mempengaruhi sektor penilaian dan hartanah jadi kita harus mempunyai ilmu yang tepat apabila membuat keputusan,” ujarnya.

Kongres AVA berlangsung selama tiga hari, bermula pada 18 September lalu berfungsi sebagai platform untuk menggalakkan kerjasama serta mewujudkan hubungan yang lebih erat dalam kalangan penilai dan profesional bersekutu negara-negara anggota ASEAN.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan