Search
Close this search box.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mohd Azman Ahmad Sapri pada sidang media kejayaan menumpaskan geng Dedek Shah di IPD Kuching. Foto: TVS

Geng samun ‘mentah’ ditumpaskan IPD Kuching

KUCHING, 19 Sept: Polis menahan tiga suspek yang dipercayai ahli Geng Dedek Shah yang terlibat melakukan kegiatan samun bersenjata di beberapa kedai serbaneka 24 jam di sekitar bandar raya ini.

Persuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd. Azman Ahmad Sapri berkata, kesemua suspek rakyat tempatan berusia 27 hingga 43 tahun itu ditahan pada 15 September lalu menerusi operasi khas dilancarkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching.

Katanya, dengan penahanan kesemua suspek, polis juga berjaya menyelesaikan enam kes kecurian kenderaan dan curi dalam bangunan yang melibatkan kerugian berjumlah RM7,000.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mohd Azman Ahmad Sapri menunjukkan gambar geng Dedek Shah di IPD Kuching. Foto: TVS

“Kumpulan ini masih baharu terlibat dalam kes jenayah iaitu sekitar dua bulan lepas,” katanya pada sidang media di IPD Kuching di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner (ACP) Ahsmon Bajah.

Beliau menambah, polis juga akan menyiasat penglibatan kumpulan ini dalam kes jenayah di kedai 24 jam yang dilaporkan.

“Modus operandi sama iaitu mensasarkan kedai berkenaan, mereka menggunakan topi keledar, memakai topeng muka dan juga bersenjatakan pisau pemotong daging ketika melakukan kegiatan samun,” katanya.

Katanya, kesemua suspek kini direman lima hari sehingga 21 September bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan.

Mohd. Azman memberitahu, ujian air kencing mendapati kesemua suspek terbabit positif dadah selain dua daripada mereka mempunyai 13 dan 15 rekod jenayah lampau. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan