Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fatin Nurain Ripot dinobatkan Juara Qariah Pertandingan Tilawah Al-Quran peringkat bahagian Serian pada Isnin. Foto: TVS

Al-Quran peneman diri, Fatin dinobatkan Qariah Tilawah al-Quran Bahagian Serian

SERIAN, 19 Sept: Amalan membaca sekurang-kurangnya sehelai muka surat al-Quran setiap hari telah menjadikan Fatin Nurain Ripot bergelar Juara kategori Qariah Pertandingan Tilawah Al-Quran peringkat Bahagian Serian.

Fatin, 25, mendedahkan dirinya telah didik oleh kedua ibu bapanya untuk mencintai al-Quran sejak kecil dengan mendalami bacaan Al-Quran itu bersama beberapa orang guru taranum al-Quran di kawasan rumahnya di Kampung Munggo Limo Serian.

Pelajar tahun akhir program Pengajian Islam di Universiti Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar Perak itu turut menyifatkan kitab al-Quran sebagai teman hidupnya di dunia dan berharap kitab itu akan turut menjadi teman dirinya di hari akhirat nanti.

“Seperti kata guru saya, jika tiada sesiapa disisi, cukup Allah yang ada dengan kita.

“Jika saya sedih, saya akan membaca al-Quran dan hati saya akan tenang. Mungkin Allah tidak beri saya terus (tenang) tetapi dengan Al-Quran kita baca maksud, kita selidik lagi, insyaAllah cepat atau lambat Allah akan beri hikmah.

“Mungkin sekarang kesedihannya tidak akan hilang tetapi kemudian hari nanti ia akan hilang” katanya lagi

Fatin berkata demikian ketika ditemui TVS pada Majlis Penangguhan Tilawah Al-Quran peringkat bahagian Serian di Pusat Persidangan Serian, di sini, pada Isnin.

Dengan merangkul gelaran juara, Fatin membawa pulang wang tunai bernilai RM 1,000 dan sebuah trofi.

Menariknya pertandingan peringkat akhir yang bermula sekitar jam 5 petang semalam turut menyaksikan adik kandungnya Fatin Nur Zulaikah Ripot, 20 menjadi Naib Juara dan membawa pulang wang tunai RM 750 berserta trofi.

Sementara, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat Datuk Roland Sagah Wee Inn menyempurnakan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Hadir sama ADUN Tebedu Dr. Simon Sinang Bada, Pemangku Residen bahagian Serian Abdul Khalid Manap dan Pegawai Agama Islam Jabatan Agama Islam bahagian Serian Madihi Jamali.

Pertandingan kali ini menyaksikan seramai 30 peserta mengambil bahagian pada peringkat saringan pada 11 September lalu sebelum kemuncaknya semalam menyaksikan enam Qari dan enam Qariah terpilih merebut gelaran Juara bagi Pertandingan Tilawah Al-Quran ke 8 anjuran Jawatankuasa Tetap Perayaan Islam bahagian Serian, Pejabat Residen bahagian Serian – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan