Search
Close this search box.
Yusfida Khalid (kanan) bersama Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin (tiga kanan) pada Sesi Rangkaian Perniagaan Sarawak di Indonesia di Jakarta, hari ini.

STB lancar jerayawara tarik pelancongan di tiga bandar Indonesia

JAKARTA, 18 Sept: Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) hari ini melancarkan jerayawara di tiga lokasi di Indonesia bagi mempromosikan produk pelancongan yang ditawarkan Sarawak.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif STB Yusfida Khalid berkata program anjuran bersama Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC), Tourism Malaysia Jakarta, Association of Indonesian Tours, Travel Agencies (ASITA) bermula di Jakarta, seterusnya di Balikpapan dan Banjarmasin.

“Jerayawara ke Indonesia ini merupakan manifestasi sebenar kerja keras industri pelancongan dalam menyediakan platform kepada pengusaha pelancongan. Ini merupakan langkah penting dalam mempromosikan Sarawak sebagai destinasi pelancongan yang unik,” katanya kepada TVS.

Beliau ditemui pada Sesi Rangkaian Perniagaan Sarawak di Indonesia (Sarawak Business Networking Session Roadshow to Indonesia) di sini.

Menurutnya, terdapat sekurang-kurangnya lima tonggak pelancongan Sarawak iaitu budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan dan festival.

Promosi ini juga merupakan usaha untuk menambah baik dan menjadikan Sarawak sebagai destinasi pelancongan pilihan pasaran Indonesia.

Yusfida berkata lagi, Sarawak mencatat lebih 200,000 kedatangan pelancong Indonesia dari semua pintu masuk dari Januari hingga Jun tahun ini berbanding 46,000 pelancong pada tempoh yang sama tahun lepas.

Penganjuran acara Sarawak International Dragon Boat Regatta bulan depan dan Sarawak Regatta pada November akan menarik lebih ramai pelancong Indonesia ke Sarawak.

Dalam pada itu, Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin berkata kedatangan pelancong Indonesia ke Malaysia dijangka meningkat kepada 2.68 juta tahun ini daripada 1.48 juta tahun lepas didorong penambahan aksesibiliti udara dan laut di antara kedua-dua negara.

Menurutnya, kini terdapat 550 penerbangan setiap minggu yang dioperasikan oleh syarikat seperti Malaysia Airlines, AirAsia, Firefly, Batik Air dan Transnusa Airlines.

Beberapa laluan baharu telah diperkenalkan tahun ini seperti dari Balikpapan dan Kertajati ke Kuala Lumpur serta dari Jakarta ke Kuching, jelasnya.

“Selain itu, akses melalui laut dari Medan, Pekanbaru, Batam dan Nunukan ke Malaysia serta laluan darat dari Pontianak ke Kuching juga terus bertambah,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan