Search
Close this search box.
ADUN Satok, Datuk Ibrahim Baki pada sesi bergambar dengan semua pelajar-pelajar yang cemerlang di Hotel Harbour View, Kuching semalam. Foto: TVS

PKMS rai 69 orang pelajar cemerlang SPM, STPM, perangsang untuk terus berjaya

KUCHING, 18 Sept: Seramai 69 orang pelajar menerima anugerah cemerlang bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada Majlis Anugerah Pelajar Islam Cemerlang 2023.

Majlis itu merupakan anjuran Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) bagi meraikan keputusan cemerlang anak-anak ahli PKMS untuk peperiksaan umum tahun 2022.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Datuk Ibrahim Baki berkata, anugerah yang diberikan kepada pelajar cemerlang mampu menjadi perangsang dan dorongan untuk pelajar terus berjaya dalam bidang pendidikan pada masa hadapan.

“Anugerah yang diberikan kepada pelajar adalah satu pengiktirafan yang mendorong dan merangsang mereka untuk terus maju dan tekun belajar. Dahulu, saya juga menerima anugerah daripada PKMS dan ia menjadi dorongan dan galakan saya untuk terus berjaya sehingga sekarang.

“Jadi, anugerah ini gunakanlah sebagai perangsang untuk terus maju hingga ke peringkat universiti agar dapat mengubah masa depan sendiri, keluarga dan masyarakat,” katanya semasa perasmian di Hotel Harbour View, Kuching semalam.

Turut hadir sama, Yang Dipertua PKMS, Dr Wan Ali Tuanku Madhi, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Datu Khirudin Husaini serta tetamu kehormat yang lain.

Majlis menyaksikan penyampaian sijil kepada ahli-ahli baharu PKMS serta penyampaian Anugerah Pelajar Islam Cemerlang dalam SPM 2022 dan cemerlang dalam STPM 2022.

PKMS turut menyaksikan penyerahan hadiah galakan kepada 10 pelajar anak kepada ahli PKMS yang melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah pertama di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan luar negara.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dengan semua pelajar-pelajar yang cemerlang dan pemberian cenderahati kepada ADUN Satok, Datuk Ibrahim Baki daripada Yang Dipertua PKMS, Dr Wan Ali Tuanku Madhi. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan