Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan. Foto: Envato

Petronas bekal gas tambahan ke loji metanol baharu di Bintulu

ByAmirah Shawel

BINTULU, 18 Sept: Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) melalui Kemudahan Jualan Gas Tambahan 2 (BAGSF-2) memaklumkan penambahan bekalan gas asli ke loji metanol baharu Sarawak Petchem Sdn Bhd (SPSB) kepada 160 juta kaki padu gas standard setiap hari (MMscfd).

Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia, Mohamed Firouz Asnan berkata, pertambahan bekalan itu adalah bagi menyokong pertumbuhan industri petrokimia di Sarawak.

“Bekalan gas tambahan ini akan memacu pertumbuhan selanjutnya sektor hiliran Sarawak, terutamanya di kawasan Bintulu.

“PETRONAS berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada usaha ini untuk menambah nilai kepada sumber hidrokarbon yang ditemui di luar pantai Sarawak,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Jelasnya, projek ini membuktikan kesungguhan PETRONAS mendokong aspirasi Sarawak dalam memastikan perkembangan sumber hidrokarbon yang telus untuk dimanfaatkan oleh rakyat Malaysia.

Sementara itu, BAGSF-2 dengan kapasiti 390 MMscdf juga akan membekalkan gas tambahan kepada stesen jana kuasa Sarawak Energy Berhad (SEB) sebanyak 70 MMscdf dan selebihnya kepada beberapa projek diperuntukkan di bawah Pelan Hala Tuju Gas Sarawak.

Pada 2021, PETRONAS telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kerajaan Sarawak untuk meningkatkan bekalan gas kepada 1,200 bilion kaki padu gas standard setiap hari. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan