Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Zaini Garip (dua kiri) yang diberi jolokan 'Misbun Limbang' muncul juara kategori perseorangan lelaki berumur 70 hingga 74 tahun pada Kejohanan Senior Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Korea Selatan, semalam.

‘Misbun Limbang’ cipta nama di Kejohanan Senior Persekutuan Badminton Dunia

LIMBANG, 18 Sept: Zaini Garip yang diberi jolokan ‘Misbun Limbang’ muncul juara kategori perseorangan lelaki berumur 70 hingga 74 tahun pada Kejohanan Senior Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Korea Selatan, semalam.

Zaini, 71, meranapkan impian 34 pemain badminton dari 17 negara dari benua Asia, Afrika, Eropah dan Amerika Utara.

Naib juara dimenangi pemain dari Jepun serta pemain dari Sweden dan Jepun terpaksa berkongsi kedudukan di kedudukan ketiga bersama.

Katanya, meskipun kecewa kerana terdahulu tersingkir awal dalam Kategori Beregu Umur 70-74 Tahun, berpasangan dengan Datuk Anthony Linggian, kemenangan itu mengubati kekecewaan sebelum ini.

Faktor lampu menjejaskan menganggu penglihatan beliau dan pasangannya dalam kategori beregu dalam kejohanan itu.

“Gembira dan bersyukur kerana berjaya menjuarai Kategori Persorangan Lelaki Umur 70-74 Tahun, pada Kejohanan Badminton Paling Berprestij peringkat dunia untuk pemain badminton berumur 35 hingga 80 tahun.

“Kejohanan BWF World Senior Badminton Championship 2023, dianjurkan Persekutuan Badminton Sedunia, di Bandar Jeonju, Korea Selatan yang bermula pada 11 September hingga 17 September,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Zaini pernah ‘menceriakan’ rakyat Malaysia apabila merangkul kejuaraan pada Kejohanan ’47th World Badminton Morning Cup’ yang diadakan di Taipei, Taiwan 2018 , kategori perseorangan dan beregu, bagi kategori umur 65 – 69 tahun.

Pencapaian lain merangkul kejuaraan berganda pada Kejohanan Badminton Asia Pacific Masters Games (APMG) Penang 2018.

Kariernya terus bersinar apabila beliau mengulangi kejayaan sama dengan menjuarai kategori perseorangan dan beregu untuk pemain berumur 65 – 69 tahun dalam Kejohanan Persekutuan Badminton Cina Dunia Ke-25 2018 di Chengdu, China pada 1 hingga 4 November 2018.

Ketika ini Zaini sedang mengikuti lima jam penerbangan dari Korea Selatan terus ke Kota Kinabalu Sabah esok dan melalui jalan darat ke Limbang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan