Search
Close this search box.
Pesta Kuih Bulan Antara Budaya Kuching (KIMF) edisi ke-20 kembali memeriahkan bandaraya ini dengan menyediakan sejumlah 180 gerai jualan makanan pelbagai etnik di sepanjang Jalan Carpenter. Foto hiasan: Envato

Pesta Kuih Bulan Antara Budaya Kuching 20 – 29 September ini

KUCHING, 17 Sept: Pesta Kuih Bulan Antara Budaya Kuching (KIMF) edisi ke-20 kembali memeriahkan bandaraya ini dengan menyediakan sejumlah 180 gerai jualan makanan pelbagai etnik di sepanjang Jalan Carpenter mulai 20 hingga 29 September ini.

Menurut Penasihat Persatuan Masyarakat Pasar Lama Kuching (KOMCA) Sih Hua Tong selaku Ahli Jawatankuasa Penganjur, setiap malam sepanjang pesta tersebut pengunjung akan disajikan dengan persembahan kebudayaan, nyanyian serta kugiran.

“Festival kuih bulan ini telah menjadi platform untuk pelbagai budaya berkumpul dalam erti kata lain, ia menjadi tempat percampuran budaya yang terdapat di Sarawak tanah air kita ini.

“Jadi kami mengekalkannya dengan cara ini dan bekerja keras ke arah memastikan wujudnya keharmonian kaum bagi memastikan rakyat Sarawak terus hidup aman dan damai,” katanya semasa sidang media sempena pesta berkenaan di Restoran Fook Xing, Sekama di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, acara tahunan KIMF sejak tahun 2002 itu telah berjaya menjadi tarikan pelancong di mana tahun lalu ia merekodkan kedatangan sekitar 250,000 pengunjung, bersesuaian dengan lokasinya di pusat bandar.

Sehubungan itu, pihaknya menerusi sokongan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Pelancongan (MTCP) dan kerjasama komuniti peniaga akan meneruskan usaha penganjuran KIMF itu sehingga menjadi aktiviti yang dinanti-nantikan warga Bumi Kenyalang setiap tahun. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan