Search
Close this search box.
Pihak bomba mengangkat mayat mangsa untuk dibuat pengecaman oleh ahli keluarga. Foto: Jabatan Bomba dan Penyelamat

Mayat lelaki lemas dihanyut arus deras ketika mandi bersama rakan di Sungai Belaie, Ulu Skrang ditemukan hari ini

ByIzzah Kamilah Yunus

BETONG, 17 Sept: Mayat lelaki yang lemas selepas dihanyutkan arus sungai ketika mandi bersama lapan rakannya di Sungai Belaie, Ulang SkarangĀ  di sini, semalam, ditemukan hari ini.

Fresly ak Setipin, 25, dijumpai 50 meter daripada Pusat Kawalan Bomba (PKB) pada jam 3.25 petang dan dibawa naik untuk pengecaman oleh ahli keluarga sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong, meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari kedua melibatkan pasukan bomba, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Unit K-9 dan penduduk kampung.

ā€œOperasi bermula pada jam 9.30 pagi menggunakan kaedah surface searching dengan menggunakan tiga buah perahu panjang dengan kekuatan tujuh anggota bomba, dua anggota polis, tiga APM dan 30 penduduk kampung seluas lima kilometer radius ke hilir sungai.

ā€œOperasi disambung semula pada jam 2 petang, di mana Unit K-9 bergerak sendirian dan sebuah perahu panjang digunakan dengan menggunakan kaedah yang sama tetapi dengan jarak seluas 1.5 kilometer radius,ā€ katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujarnya lagi, tiga lagi bot dikerahkan bersama lima orang setiap bot dengan jarak lima kilometer radius dan mewajibkan pemakaian jaket keselamatan (PFD).

ā€œMayat mangsa akhirnya berjaya dijumpai 50 meter dari Pusat Kawalan Bencana (PKB) dipercayai timbul ke permukaan selepas pusingan kedua surface searching dilakukan. Mangsa juga dikesan oleh pasukan K-9 dengan menggunakan teknik zig-zag.

“Dengan penemuan mayat mangsa operasi SAR tamat pada jam 3.50 petang,ā€ katanya lagi.

Semalam, BBP Betong menerima panggilan kecemasan berhubung kes itu pada jam 11.30 pagi.

Rakannya yang menyedari kejadian tersebut cuba menyelamatkan mangsa namun gagal dan seterusnya memaklumkan kejadian tersebut kepada penduduk kampung untuk meminta pertolongan mencari dan menyelamat sebelum laporan polis dibuat.- TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan