Search
Close this search box.
Len Talif Salleh mengadakan pertemuan bersama ahli PBB N.41 Kuala Rajang di Sarikei. Foto: Len Talif Salleh (Facebook)

Konvensyen PBB di Sibu tonjol kepelbagaian budaya

SARIKEI, 17 Sept: Delegasi yang menghadiri konvensyen Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Sibu pada 29 Oktober depan berpeluang menyaksikan kepelbagaian budaya yang akan dipersembahkan.

Ketua Cawangan PBB Kuala Rajang, Datuk Len Talif Salleh berkata, persembahan itu menjadi sebahagian pengisian penting konvensyen berkenaan sekali gus bakal menonjolkan keunikan budaya pelbagai kaum di kawasan tengah Sarawak.

Len Talif Salleh mengadakan pertemuan bersama ahli PBB N.41 Kuala Rajang di Sarikei. Foto: Len Talif Salleh (Facebook)

“Saya dipilih untuk mengendalikan persembahan, protokol dan jemputan dalam konvensyen itu nanti. Justeru, kita akan mempamerkan budaya-budaya tempatan yang mewakili masyarakat pelbagai kaum di wilayah tengah.

“Ini merupakan satu kelainan kerana kita tahu zon tengah Sarawak juga mempunyai kepelbagaian budaya yang mewakili kaum Melanau, Melayu dan Iban,” katanya selepas mempengerusikan persiapan konvensyen bersama ahli PBB Kuala Rajang di sini, semalam.

Konvensyen kali ini bertemakan ‘PBB Teras Kestabilan, Kemajuan dan Kemakmuran’ bersempena sambutan 60 tahun Sarawak Merdeka.

Selain Sibu, persidangan itu juga bakal diadakan tiga bahagian utama di negeri ini termasuk Kuching, Betong dan Miri.

Sehubungan itu, Len Talif yang Juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang berkata, jawatankuasanya akan melakukan persiapan sebaik mungkin bagi memastikan perjalanan program berjalan lancar.

Konvensyen itu juga berkait rapat dengan pendekatan Gabungan Parti Sarawak (GPS) iaitu PBB merupakan parti yang menjadi tulang belakang dan menjurus kepada satu dasar di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan