Search
Close this search box.
Menteri Kesihatan Malaysia, Dr Zaliha Mustafa (dua kanan) bersama Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian (satu kanan) dan Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni (empat kanan) melawat ke tapak cadangan projek Pusat Kanser Sarawak. Foto: TVS.

Tapak cadangan pembinaan Pusat Kanser dikenal pasti – Dr Zaliha

KUCHING, 16 Sept: Tapak cadangan projek Pusat Kanser di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan dikenal pasti daripada segi aspek potensinya bagi membina institusi kesihatan di sini, kata Menteri Kesihatan Malaysia, Dr Zaliha Mustafa.

Beliau berkata ketika ini Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak sedang mengadakan perbincangan termasuk melihat potensi tapak tersebut diambil kira sebelum dibentangkan kepada Perdana Menteri dan kabinet.

“Saya bersama Timbalan Premier Sarawak Datuk Seri Dr Sim Kui Hian, Timbalan Menteri Kesihatan dan beberapa rakan yang lain dari Pusat Jantung Sarawak serta JKN sedang melihat potensi tapak kepada Pusat Kanser Sarawak yang telah lama diperbincangkan.

“Jadi, kita buat ‘ground work’ dahulu dan akan kita persembahkan kepada Perdana Menteri dan kabinet sama ada usaha ini dipersetujui oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak.

“Ini akan memudahkan untuk kita teruskan dengan projek Pusat Kanser Sarawak ini dan sebab itu kami datang untuk meninjau tempat-tempat yang berpotensi untuk dibangunkan Pusat Kanser Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian keytika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan ke tapak cadangan projek Pusat Kanser di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan bersama Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) di sini, pada Sabtu.

Jelasnya, keputusan akan dilakukan dalam masa terdekat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi cadangan tapak pembinaan Pusat Kanser dengan persetujuan dari kedua belah pihak kerajaan negeri juga.

“Kita masih dalam peringkat perbincangan antara Kerajaan Negeri Sarawak dengan Kerajaan Persekutuan dan kita akan persembahkan kepada Perdana Menteri dan Kabinet serta Premier Sarawak.

“Kalau cadangan itu dipersetujui baharulah kita mula bergerak arah ke hadapan. Cumanya kita jawatankuasa kerja ini melihat tapak yang berpotensi dan sebagainya, untuk kita sediakan.

“Apabila tersedia semuanya, kedua-dua pihak bersetuju ia akan memudah dan tidak perlu kita balik kepada kerja-kerja awal. Saya berharap, insha-Allah dalam masa terdekat ini akan ada pengumuman daripada Perdana Menteri dan Premier,” ujarnya.

Turut hadir Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni serta Timbalan Premier Sarawak juga merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan