Search
Close this search box.
Ibrahim (enam, kiri) dan Hilmy (lima, kiri) dalam sesi bergambar bersama peserta semasa program berlangsung.

Lebih 100 peserta sertai ‘fun ride’ Hari Malaysia di Satok

KUCHING, 16 Sept: Lebih 100 peserta berbasikal menyertai ‘fun ride’ Hari Malaysia di Satok hari ini.

Acara tahunan pada bulan kebangsaan anjuran Persatuan Ketua Masyarakat Satok (KMKK) itu diadakan sempena sambutan Hari Malaysia bagi kawasan DUN Satok.

Sementara acara pelepasan ‘flag-off’ telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok Datuk Ibrahim Baki pada pagi tadi.

 

Ibrahim (empat kiri) dan kumpulan itu membaca doa sebelum memulakan fun ride.

Program dengan jarak laluan lima kilometer itu bermula dari Kompleks Sukan Satok, Padang SLPAS dengan rombongan menjelajah kawasan kampung berhampiran.

Turut hadir Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Hilmy Othman dan ahli jawatankuasa komuniti dan pembangunan (JKKK) kampung kawasan Satok. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan