Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada Majlis Penutupan Konvensyen KIK Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar di Kuching, malam tadi. Foto: TVS

Keberkesanan dan kecekapan perkhidmatan awam menerusi inovasi dan kreativiti

KUCHING, 15 Sept: Pembudayaan inovasi dan kreativiti membabitkan sektor awam perlu dipertingkatkan bagi memastikan keberkesanan dan kecekapan dalam penyampaian perkhidmatan awam berada pada tahap optimum.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata aspek inovasi harus diberi penekanan dan menjadi fokus utama dalam merancang dan melaksanakan pembangunan berikutan negara berhadapan dengan pelbagai cabaran dan jangkaan tinggi dari pelanggan dan pemegang taruh.

“Kita tidak boleh ketinggalan dalam memanfaatkan teknologi canggih semasa yang terhasil daripada inovasi dan kreativiti.

“Kita seharusnya turut bersama menyumbang, menghasil dan mencipta sesuatu inovasi baharu yang bukan setakat untuk kecemerlangan organisasi dan warga kerja malah seharusnya dapat dimanfaatkan oleh keseluruhan rakyat Sarawak,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap menyempurnakan Majlis Penutupan Konvensyen KIK Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Tahun 2023 di sini, malam tadi.

Tambah Awang Tengah, dalam menelusuri inovasi dan kreativiti, setiap projek Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) yang dihasilkan oleh kementerian serta jabatan berpaksikan kepada lima teras iaitu berimpak tinggi, nilai untuk wang, pendigitalan, kemampanan serta pengkomersilan.

“Pada tahun 2023, saya telah dimaklumkan bahawa, empat kumpulan dari jabatan dan agensi di bawah MUDeNR telah berjaya terpilih untuk bertanding di peringkat antarabangsa 48th International Convention on Quality Control Circles 2023 yang akan diadakan di Beijing, China pada 30 Oktober hingga 2 November 2023.

“Empat kumpulan tersebut adalah dua kumpulan dari Jabatan Tanah dan Survei Sarawak iaitu Sassoku Tech dan Vtech- 12, satu Kumpulan dari Jabatan Hutan Sarawak iaitu Boorneensis-2 dan satu kumpulan dari Sarawak Timber Industry Development Corporation (STIDC) iaitu Sharks,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan