Search
Close this search box.
Syarikat pakar sistem bangunan industri, Sarawak Consolidated Industries Berhad (SCIB) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan syarikat transit pantas massa, PT. MRT Jakarta. Foto: David Andreas (TVS).

Syarikat Sarawak meterai MoU dengan PT MRT Jakarta

JAKARTA, 13 Sept: Syarikat pakar kejuruteraan awam Sarawak Consolidated Industries Berhad (SCIB) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan PT MRT Jakarta.

MoU itu bagi meneroka potensi perkongsian operasi dan pengurusan tempat letak kereta di Kawasan Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) selain menjadi platform perbincangan dan pertukaran data.

Menerusi MoU itu juga, kedua – dua pihak bersetuju untuk menjalankan kajian berkaitan pembangunan tanah di kawasan berorientasikan transit di Jakarta.

Pengarah SCIB, Ku Chong Hong berkata, penglibatan pihaknya dengan PT MRT Jakarta bukan sekadar perjanjian perniagaan.

“Ini menunjukkan komitmen berterusan SCIB untuk menjalinkan perkongsian inovatif yang saling menguntungkan,” katanya selepas majlis berkenaan hari ini.

Tambah beliau, SCIB dan PT MRT Jakarta akan membangunkan kerjasama strategik bagi memanfaatkan kekuatan dan kepakaran masing-masing.

“Ini dijangka akan memberi impak yang bermakna kepada pembangunan bandar yang mampan terutamanya di kawasan berorientasikan transit,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan