Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menyatakan hasrat untuk kembali ke Sarawak. Foto: @this.7 (IG)

See you again Sarawak – Tengku Hassanal

ByDayu Adruce

KUCHING, 13 Sept: Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menyatakan hasrat untuk kembali ke Sarawak.

“See you again Sarawak,” tulis Tengku Hassanal menerusi hantaran di Instagram peribadinya.

Agong berangkat pulang ke Kuala Lumpur, Kembara Kenali Borneo tamat

Menerusi hantaran berkenaan, Tengku Hassanal dilihat berada dalam pesawat dengan lokasi dinyatakan ialah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Tengku Hassanal bersama Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan bondanya, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat pulang ke Kuala Lumpur awal petang tadi selepas menamatkan Kembara Kenali Borneo di Telok Melano, Sarawak, tengah hari tadi.

Sepanjang kembara selama 11 hari bermula 3 September lepas, keluarga diraja itu merentasi perjalanan sejauh 2,154 kilometer (km) dengan menelusuri Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei.

Sementara itu, meninjau ruangan komen, rata-rata rakyat Sarawak menzahirkan ucapan terima kasih di atas kesudian Tengku Hassanal mencemar duli ke Sarawak.

Mojoriti menulis mereka berbesar hati untuk menerima kunjungan putera raja itu pada masa akan datang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan