Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira 3.30 petang dan siasatan awal mendapati mangsa berusia 35 tahun itu merupakan seorang pegawai polis yang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur.
Polis sedang giat mengesan beberapa orang suspek yang terlibat dalam satu kejadian rusuhan yang menyebabkan dua lelaki cedera di kawasan parkir kereta belakang Pejabat Daerah Kanowit pada Selasa. Foto hiasan: Envato

Polis giat kesan suspek kes rusuhan di pekarangan Pejabat Daerah Kanowit

KANOWIT, 13 Sept: Polis sedang giat mengesan beberapa orang suspek yang terlibat dalam satu kejadian rusuhan yang menyebabkan dua lelaki cedera di kawasan parkir kereta belakang Pejabat Daerah Kanowit pada Selasa.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Mohd Sapri berkata pihaknya telah mengesan kejadian yang tular itu di media sosial pada 1:30 tengah hari.

“Satu laporan polis telah diterima berkaitan kejadian tersebut semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

“Pihak polis sedang giat mengesan suspek-suspek yang terlibat di dalam kes ini,” katanya menerusi satu kenyataan media, hari ini.

Katanya, punca dan motif kejadian masih dalam siasatan.

Dalam satu video tular berkenaan sekumpulan lelaki didapati bertindak masuk ke pekarangan pejabat daerah itu sebelum menyerang dan memukul kedua-dua mangsa berkenaan dan merosakkan kenderaan milik mereka.

Akibat itu, kedua-dua mangsa telah mengalami kecederaan dan menerima menerima rawatan di Hospital Kanowit.

Mohd Azman berkata pihak polis memandang serius kejadian seumpama ini dan menasihatkan orang awam tidak mengambil tindakan melulu dengan melanggar undang-undang sehingga boleh disabit kesalahan.

Polis menyeru agar masyarakat memberi kerjasama dan menyalurkan sebarang maklumat kejadian ini kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD) Ibu-pejabat Polis Daerah (IPD) Kanowit melalui talian 016-8657432 atau 084-752222. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan