Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perkara melibatkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) harus dijadikan sebahagian sukatan pelajaran kebangsaan, kata Datuk Willie Mongin. Foto, TVS.

MA63 harus dimasukkan dalam sukatan pelajaran kebangsaan

KUCHING, 13 Sept: Perkara melibatkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) harus dijadikan sebahagian sukatan pelajaran kebangsaan, kata Datuk Sharidah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) itu berkata, sebelum tidak banyak sejarah Sarawak yang dimasukkan dalam silubus pembelajaran nasional.

“Sejarah Sarawak hanya dimasukkan ke dalam sukatan pelajaran kebangsaan sejak 1982.

“Tidak banyak yang dikemukakan sehingga rombakan kurikulum pada 2014 dan 2017 apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjemput barisan pakar sejarah dari Sarawak untuk menggubal kurikulum sejarah kebangsaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Majlis Perasmian Persidangan Antarabangsa Sejarah Sarawak (PASS) di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai cadangan itu, Sharifah Hasidah berkata, langkah berkenaan penting bagi memastikan apa yang diajar selari dengan sejarah Sarawak.

Sementara itu beliau berkata, PASS 2023 merupakan pendekatan yang baik untuk Sarawak bagi memperbanyakkan lagi kajian mengenai wilayah ini.

PASS 2023 yang dianjurkan Ikatan Graduan Melayu Sarawak (IGMS) bersempena dengan Sambutan 60 tahun Sarawak Merdeka dan Hari Malaysia berlangsung hari ini dan esok melibatkan 250 peserta dari Malaysia, Brunei dan Indonesia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan