Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Maimunah Iskandariah tiba ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) pada jam 3:40 petang. Foto: Zaim Zharfan (TVS)

Agong berangkat pulang ke Kuala Lumpur, Kembara Kenali Borneo tamat

ByConnie Grace

KUCHING, 13 Sept: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat pulang ke Kuala Lumpur awal petang tadi selepas menamatkan Kembara Kenali Borneo di Sarawak hari ini.

Mengiringi keberangkatan pulang baginda ialah Pemangku Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Turut hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof serta dua Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Dato Sri Dr. Sim Kui Hian.

Pemimpin tempatan lain yang hadir termasuklah Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wiayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom dan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Kembara Kenali Borneo diadakan buat julung kali bagi merealisasikan impian Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mendekati rakyat Sabah dan Sarawak menamatkan penjelajahan selama 11 hari sejak 3 September lepas di Teluk Melano hari ini.

Sepanjang kembara, Al-Sultan Abdullah berkenan memandu sendiri kenderaan pacuan empat roda ditemani Tunku Azizah telah merentasi perjalanan sejauh 2,154 kilometer (km) dengan menelusuri Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan