Search
Close this search box.
Pusat Jantung Sarawak merupakan hospital pakar tunggal kerajaan disenaraikan sebagai antara yang terbaik di Asia Pasifik. Foto: Sarawakheart.

Pusat Jantung Sarawak diiktiraf hospital pakar ke-48 terbaik di Asia Pasifik

ByAdlina Rahman

KUCHING, 12 Sept: Pusat Jantung Sarawak (PJS) diiktiraf sebagai hospital pakar (kardiologi) ke-48 terbaik di Asia Pasifik.

Penarafan itu diberikan oleh portal antarabangsa, Newsweek yang turut menyenaraikan 100 hospital pakar terbaik jantung.

Pusat Jantung Sarawak diiktiraf antara hospital pakar terbaik | TVS

Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian berkata, PJS merupakan hospital pakar tunggal kerajaan di Malaysia yang berjaya memasuki senarai itu.

“Sekiranya kita mendapat peruntukan tahunan yang mencukupi, saya yakin pusat berkenaan boleh menduduki senarai 10 terbaik bagi hospital pakar jantung seperti The National Heart Centre Singapore (NHCS) di Singapura yang berada pada kedudukan ketiga terbaik,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

PJS beroperasi sepenuhnya sebagai jabatan berasingan dari Hospital Umum Sarawak bermula Julai 2016.

Selain menawarkan perkhidmatan kardiologi, kardiotorasik, kardiak, anestisiologi dan perfusi, PJS turut mempunyai kepakaran patalogi, radiologi, dietatik dan fisioterapi.

Mengulas lanjut, Dr. Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak berkata, pengiktirafan itu turut disumbang sokongan padu yang diberikan oleh Kerajaan Sarawak.

“Sejak beroperasi, PJS telah berjaya merawat lebih 245 000 pesakit di Sarawak yang memberi peluang kedua kepada mereka,” tambah beliau.

Sementara itu, Asan Medical Center di Seoul, Korea Selatan dipilih sebagai hospital pakar jantung terbaik di Asia Pasifik diikuti National Cerebral and Cardiovascular Center di Suita, Jepun.

Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pula disenaraikan pada kedudukan ke-30 terbaik manakala Mahkota Medical Centre di Melaka di tempat ke-45 terbaik.

Selain itu hospital pakar di Malaysia yang memasuki senarai ialah Gleneagles Hospital Kuala Lumpur di tangga ke-58, Gleneagles Medical Centre Pulau Pinang (64), Sunway Medical Centre, Petaling Jaya (65), Island Hospital Pulau Pinang (68), Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (88).

Turut diiktiraf ialah Pantai Hospital Ampang di tempat ke- 90 dan Parkcity Medical Centre di Kuala Lumpur di tangga ke 93. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan