Search
Close this search box.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Dua pasukan petugas khas dibentuk, kaji asing peranan Peguam Negara, Pendakwa Raya

ByAmirah Shawel

KUCHING, 12 Sept: Dua pasukan petugas khas akan ditubuhkan bagi mempercepat pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya ke arah tadbir urus yang lebih mantap.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ia melibatkan penubuhan Pasukan Petugas Khas Kajian Komparatif dan Pasukan Petugas Khas Teknikal.

Kata Azalina, Pasukan Petugas Khas Kajian Komparatif akan menjalankan kajian berdasarkan keterangan ke beberapa negara seperti England, Australia, Kanada dan Kenya bagi mendapatkan maklumat lanjut yang tidak dapat diakses melalui data terbuka kajian amalan terbaik global.

“Pasukan Petugas Khas Teknikal pula akan meneliti secara komprehensif mengenai implikasi perundangan, perjawatan dan kewangan,” katanya menerusi kenyataan media di Putrajaya hari ini.

Azalina menambah, beliau adalah antara ahli Pasukan Petugas Khas Kajian Komparatif selain wakil Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi serta wakil blok pembangkang,Jabatan Peguam Negara (AGC) dan Bahagian Hal Ehwal Undang – undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri.

Manakala Pasukan Petugas Teknikal akan dikendalikan sepenuhnya oleh AGC dan BHEUU.

Sementara itu, tegasnya pengasingan berkenaan akan melibatkan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan, undang-undang sedia ada serta peraturan-peraturan berkaitan.

Ia juga akan membawa kepada implikasi kewangan dan perjawatan yang besar kepada kerajaan.

“Agenda reformasi ini penting dalam memastikan tadbir urus demokratik yang lebih mantap dan meningkatkan pentadbiran undang-undang selaras dengan komitmen Kerajaan Perpaduan dalam memastikan pentadbiran, sistem perundangan dan tata kelola yang baik,” katanya.

Menurutya, hasil perbincangan akan dimaklumkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri akan datang untuk pertimbangan selanjutnya.

Pasukan Petugas Khas Teknikal juga akan mengadakan sesi libat urus bersama pemegang-pemegang taruh lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dalam masa terdekat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan