Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kebakaran di Uma Nyaving yang menjejaskan 17 pintu berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 4.50 petang Isnin. Foto: BBP Belaga.

152 penghuni Rumah Panjang Uma Nyaving hilang tempat berteduh

BELAGA, 11 Sept: Seramai 152 penghuni daripada 17 keluarga hilang tempat tinggal dalam kebakaran di Rumah Panjang Uma Nyaving, Long Mejawah Sungai Asap dekat sini hari ini.

Kebakaran pada 7.30 pagi itu pada awalnya memusnahkan 15 pintu di Blok B dan kemudian merebak sehingga menjejaskan dua lagi pintu di Blok A dan Blok C.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5, Penguasa Kanan Bomba Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, kebakaran bermula di Blok B melibatkan 15 pintu yang didiami seramai 138 penghuni.

15 pintu di Rumah Panjang Uma Nyaving terbakar

Katanya, Pasukan Bomba Sukarela Sungai Asap terlebih dahulu tiba di lokasi untuk menjalankan operasi pemadaman.

“Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 4.50 petang tadi,” katanya.

Beliau memberitahu, akibat kebakaran itu, rumah panjang 15 pintu di Blok B musnah 100 peratus manakala api turut menjejaskan dua pintu di Blok A dan Blok C yang masing-masing terbakar 10 peratus.

Operasi tamat pukul 5 petang tadi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan