Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan memasak untuk penduduk Rumah Panjang Raymond Plen di Sebauh, hari ini. Foto: Fiqri Razak (TVS)

Tiga menu masakan Raja Permaisuri untuk penduduk Rumah Panjang Raymond Plen

ByAkma Salleh

BINTULU, 11 Sept: Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan menyediakan tiga menu ‘air tangan’ baginda iaitu kari telur, sayur betik dan bihun Siam untuk penduduk di Rumah Panjang Raymond Plen, Sungai Gelam Sebauh.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayattuddin Al-Mustafa Billah Shah turut berkenan membantu Raja Permaisuri menggaul masakan selepas baginda melakukan aktiviti memancing udang di sungai berhampiran rumah panjang di sini.

Tunku Azizah memasak juadah itu di luar pekarangan rumah panjang dan turut disertai ratusan penduduk yang ingin menyaksikan bakat baginda memasak ketika singgah di rumah panjang berkenaan sempena Kembara Kenali Borneo.

Turut serta dalam lawatan itu, Pemangku Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Datuk Amar Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Wilson Ugak Kumbong, Menteri Pelancongan Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (MFICORD) Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.

Usai majlis di rumah panjang berkenaan, Seri Paduka berdua dijadual menunaikan solat di Masjid Darul Ibadah, Tatau, sebelum meneruskan perjalanan ke Sibu.

Dalam perjalanan itu, pasangan diraja berkenaan turut dijadualkan mengadakan persinggahan di luar Tokong Yu Lung San Tian En Si, sebuah tokong Cina terkenal yang terletak di pinggir bandar Sibu sebelum menuju ke hotel penginapan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan