Search
Close this search box.
Datuk Julaihi Narawi (duduk,tengah) bergambar kenangan selepas hadir Majlis Penyerahan Sijil Akreditasi Kursus Rekabentuk Sistem Solar Photovoltaic EIU di UNIMAS hari ini. Foto TVS.

Sarawak perlu lebih ramai tenaga mahir dalam reka bentuk solar

KOTA SAMARAHAN, 11 Sept: Kekurangan tenaga mahir reka bentuk solar menjadi cabaran besar kepada Sarawak untuk menyediakan bekalan elektrik di kawasan luar bandar, kata Datuk Julaihi Narawi.

Beliau yang juga Menteri Utiliti dan Telekomunikasi berkata, ketika ini Sarawak hanya mempunyai seramai 126 orang kompeten berdaftar bagi menjayakan projek Skim Pembekalan Elektrik Alternatif Luar Bandar Sarawak (SARES).

Jumlah itu kata beliau tidak termasuk mereka yang mempunyai kemahiran dalam reka bentuk solar yang turut diperlukan Sarawak bagi menggalakkan penjanaan elektrik menggunakan tenaga berkenaan.

“Ini sangat penting untuk mempercepatkan pelaksanaan program elektrifikasi di luar bandar dan untuk menjayakannya, kita perlukan orang kompeten ini selain daripada pekerja biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadir Majlis Penyerahan Sijil Akreditasi Kursus Rekabentuk Sistem Solar Photovoltaic EIU di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Dr Hazland Hipni dan Naib Canselor UNIMAS Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi.

Mengulas lanjut, Julaihi berkata, masalah kekurangan tenaga kerja mahir itu menjadi cabaran untuk industri penjanaan tenaga solar dan Sarawak mahu melahirkan lebih ramai orang kompeten.

Ke arah memastikan kelestarian sektor penjanaan tenaga solar juga katanya, Sarawak tidak boleh bergantung kepada tenaga kerja luar.

“Kita perlu mengambil insiatif bagi menenuhi keperluan industri berkenaan yang dijangka akan berkembang pesat di sini dan boleh dikendalikan oleh UNIMAS,” katanya.

Julaihi berkata, UNIMAS telah diakreditasi pada Jun lalu sekali gus menjadikan universiti pertama di Sarawak yang menawarkan kursus berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan