Search
Close this search box.
Tower Fashion Eleganza Kuala Lumpur (TFEKL 2023) melakar sejarah sebagai pertunjukan fesyen tertinggi di Malaysia oleh Malaysia Book of Records (MBOR). Foto: TVS

Sarawak berpotensi jadi lokasi pertunjukan fesyen antarabangsa

ByCheryl Syahmina Toh

KUALA LUMPUR, 10 Sept: Sarawak mempunyai potensi besar untuk menjadi lokasi penganjuran pertunjukan fesyen bertaraf antarabangsa.

Penganjur Tower Fashion Eleganza Kuala Lumpur (TFEKL 2023), Bon Zainal berkata, beliau tidak menolak kemungkinan untuk membawa acara itu ke Bumi Kenyalang.

“Sarawak mungkin akan jadi lokasi seterusnya untuk acara sebegini.

“(Ya) Sarawak dalam senarai kami, saya akan membuat pengumuman apabila tiba masanya nanti,” katanya kepada TVS selepas TFEKL 2023 di Menara Kuala Lumpur semalam.

TFEKL 2023 yang berlangsung pada Sabtu lepas turut menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai pertunjukan fesyen tertinggi pernah dianjurkan di Malaysia.

Acara yang menyaksikan keberangkatan tiba Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman berjaya menghimpunkan 15 pereka fesyen terkenal tanah air mempamerkan rekaan masing – masing.

TFEKL 2023 turut melakar sejarah sebagai pertunjukan fesyen pertama yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen.

Tengku Permaisuri Selangor hadiri pertunjukan fesyen tertinggi di Malaysia

Sementara itu Bon berkata, acara berkenaan mempamerkan pelbagai keunikan rekaan pereka fesyen Malaysia termasuk dari Sarawak.

“Persembahan koleksi yang direka khusus untuk acara ini membuka peluang untuk (menjadikan TFEKL) sebagai acara tahunan.

“Acara ini memperagakan koleksi tekstil Malaysia, batik serta Songket Sarawak,” katanya.

Beliau menambah, penganjuran acara turut menyumbang kepada industri fesyen Malaysia malah turut memberi kesan positif kepada sektor pelancongan menerusi kerjasama dengan Tourism Malaysia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan