Search
Close this search box.
Antara koleksi Von Jolly Couture yang dipamerkan pada Tower Fashion Eleganza Kuala Lumpur (TFEKL 2023) di Menara Kuala Lumpur semalam. Foto: TVS.

Von Jolly Couture, jenama fesyen Sarawak dicetuskan dua pereka berpengalaman

ByCheryl Syahmina Toh

KUALA LUMPUR, 10 Sept: Pereka fesyen berasal dari Sarawak, Dato Raymond Von Jolly dan Dato Aaron Von Jolly percaya kekayaan budaya di Bumi Kenyalang yang diterjemahkan dalam rekaan fesyen mampu membawa ciptaan mereka ke pentas dunia.

Dua pereka berkenaan yang mengasaskan label Von Jolly Couture merupakan antara 15 pereka fesyen tempatan yang diberi penghormatan mempamerkan ciptaan pada Tower Fashion Eleganza Kuala Lumpur (TFEKL) 2023 di Menara Kuala Lumpur, semalam.

TFEKL 2023 turut menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai pertunjukkan fesyen tertinggi pernah dianjurkan di Malaysia.

Sebelum ini jenama Von Jolly Couture pernah melakar nama di Paris dan London.

Tengku Permaisuri Selangor hadiri pertunjukan fesyen tertinggi di Malaysia

 

Raymond berkata, untuk mencapai tahap yang membanggakan sebagai pereka fesyen, laluannya tidak mudah namun berbekalkan semangat, dia berjaya mengharungi pelbagai cabaran.

“Sebenarnya, latar belakang saya ialah dalam industri perniagaan malah pernah memegang jawatan dalam Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Sarawak dahulu.

“Oleh itu, saya mempunyai pengalaman dalam aspek ini.

“Saya memahami pasaran industri fesyen di Asia berteraskan konsep komersial dan seorang pereka harus mahir memasarkan produknya dengan kehendak pasaran yang berbeza,” katanya ketika ditemui di Menara Kuala Lumpur sempena TFEKL 2023.

Pengasas Von Jolly Couture, pereka fesyen veteran Sarawak, Dato’ Raymond Von Jolly dan Dato’ Aaron Von Jolly. Foto: Von Jolly Couture Official

Raymond yang pernah memenangi Piala Seri Endon pada 2005 menerusi rekaan batik berkata, penyertaan pada TFEKL 2023 merupakan antara kejayaan kepada Von Jolly Couture untuk mengangkat jenama Sarawak di mata dunia.

Sementara itu Aaron yang berlatar belakang seni bina berkata, kombinasi elemen tekstil Sarawak dalam mood ‘couture’ merupakan antara keistimewaan rekaan mereka.

“Von Jolly sememangnya terkenal dalam penggabungan identiti  Sarawak seperti Songket Sarawak, keringkam dan pua kumbu dalam gaya yang elegan dan mampu mengimbas kembali sejarah Sarawak

“Sebagai contoh pada dalam zaman Brooke dahulu, Ranee Margaret mempunyai koleksi keringkam, songket, kebarung dan ini antara penceritaan yang ingin kami kongsikan dalam koleksi Von Jolly Couture ke mata dunia,” tambahnya.

Sementara itu, mereka turut memberi isyarat bahawa penganjuran ’Alta Moda Sarawak’ bakal kembali selepas dianjurkan pada 2018.

Sempena TFEKL malam tadi, mereka menampilkan enam busana yang dihasilkan menerusi Songket Sarawak yang diperagakan oleh finalis Miss International Sarawak 2023.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan