Search
Close this search box.
Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman turut berangkat tiba menyaksikan TFEKL 2023. Foto Mohd Nur Khairudin (TVS).

Tengku Permaisuri Selangor hadiri pertunjukan fesyen tertinggi di Malaysia

ByCheryl Syahmina Toh

KUALA LUMPUR, 10 Sept: Tower Fashion Eleganza Kuala Lumpur (TFEKL 2023) yang berlangsung di Menara Kuala Lumpur malam tadi mencatat rekod sebagai pertunjukkan fesyen tertinggi pernah dianjurkan di Malaysia.

TFEKL23 yang disertai 15 pereka fesyen terkenal tanah air itu berlangsung di Sky Deck sempena Hari Bangunan Pencakar Langit Sedunia turut menerima Malaysia Book of Records (MBOR).

Acara dianjurkan oleh Bon Fashion Legacy dan Nuunaa Management dengan kerjasama Menara Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, KL Hop on Hop Off dan Gentleman’s Code itu menyaksikan barisan model terpilih memperagakan busana pada ketinggian 300 meter dari aras laut.

Turut berangkat tiba menyaksikan TFEKL 2023 ialah Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman.

Pereka fesyen yang mengambil bahagian termasuklah Bon Zainal, Fiziwoo, Rizman Ruzaini, Kashfi Zulkufli, Rasta Rashid, Datuk Radzuwan Radziwill, Leslie Variyan, Kalima, Carven Ong, Ashley Wong, Evita Mairesse, Izwani Salim, Calvin Thoo, Kakee Batik dan Masterpiece by Masrina Abdullah.

Dato Raymond Von Jolly dan Dato Aaron Von Jolly dari Von Jolly Couture pula merupakan pereka fesyen tunggal dari Sarawak yang terpilih mempamerkan ciptaan mereka pada acara ini.

Antara yang dipersembahkan termasuklah busana yang dihasilkan menerusi Songket Sarawak yang ditampilkan menerusi enam rekaan diperagakan oleh finalis Miss International Sarawak 2023.

Seramai 65 model tempatan dan antarabangsa diberi tanggungjawab memperagakan persalinan dihasilkan kesemua pereka fesyen yang mengambil bahagian.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan serta isteri, Datin Melinda Bucking. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan