Search
Close this search box.
ADUN Muara Tuang, Dato Idris Buang menyempurnakan acara ‘flag-off’ Konvoi Sarawak Maju Makmur pada hari ini. Foto: TVS

Program Ziarah UKAS santuni masyarakat di Samarahan

KOTA SAMARAHAN, 10 Sept: Bersempena dengan bulan Sambutan Kemerdekaan Sarawak dan Malaysia, Program Ziarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Sarawak Maju Makmur telah diadakan di pekarangan Surau Kampung Tanjung Bundong Lot Fasa 2, Kota Samarahan hari ini.

Program berlangsung dengan kerjasama Pejabat Residen Samarahan, Pejabat Daerah Samarahan, Jabatan Penerangan Bahagian Samarahan, Skuad Antidadah Kota Samarahan dan juga beberapa agensi lain.

Pengarah UKAS, Samuel Simon menyampaikan cenderahati kepada ADUN Muara Tuang, Dato Idris Buang pada Majlis Perasmian Program Ziarah UKAS ‘Sarawak Maju Makmur’ di Kota Samarahan pada hari ini. Foto: TVS

 

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang Dato Idris Buang berkata, rakyat Sarawak harus bersyukur kerana menerima pelbagai kemudahan sejak negeri ini mencapai kemerdekaan dan membentuk Malaysia.

“Tujuan kita meraikan Hari Malaysia adalah untuk menunjukkan rasa hormat kepada pejuang terdahulu yang memperjuangkan hak Sarawak dan membolehkan kita hidup selesa pada hari ini,” katanya ketika berucap pada program itu.

Sementara itu, Pengarah UKAS, Samuel Simon pula menyeru rakyat Sarawak agar tidak mudah percaya penyebaran berita yang tidak sahih melalui platform media sosial.

“Saya berharap semua anda semua lebih berhati-hati ketika menerima maklumat, jangan cepat berkongsi maklumat yang tidak diketahui kesahihannya,”katanya.

Di Sarawak kata beliau terdapat platform berita rasmi yang diyakini kesahihan sesuatu maklumat.

Sempena program hari ini, pelbagai acara turut dilangsungkan termasuk Pertandingan Sayembara Puisi Kemerdekaan, Pertandingan Karaoke Lagu Patriotik, Konvoi Motosikal dan Pertandingan Motosikal Berhias.

Konvoi Sarawak Maju Makmur disertai sebanyak 60 buah motosikal yang mengelilingi Kampung Bundong dan kawasan berhampiran bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan dan Hari Malaysia.

Majlis turut menyaksikan penyerahan simbolik bendera Jalur Gemilang oleh Jabatan Penerangan Bahagian Samarahan kepada Pengerusi Komuniti Madani Kampung Tanjung Bundong, Kampung Pendam, Kampung Pinang, Kampung Stakan Melayu, Taman Samarindah dan Kampung Sindang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan