Search
Close this search box.
Malaysia telah merekodkan lebih daripada 100,000 kenderaan elektrik berdaftar setakat Disember 2023. Foto hiasan, Envato.

MITI harap insentif pembelian EV dimasukkan dalam Belanjawan 2024

ByBernama

KUALA LUMPUR, 9 Sept: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berharap Kementerian Kewangan akan mempertimbangkan pemberian insentif yang bertujuan menggalakkan pembelian kenderaan elektrik (EV) dalam Belanjawan 2024 akan datang.

Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata MITI telah menerima cadangan hebat daripada pemain industri dan rakyat untuk Belanjawan 2024, termasuk cadangan yang berkaitan dengan ekosistem EV.

“Indonesia merupakan satu-satunya negara (Asean) yang telah memperkenalkan subsidi untuk EV bagi motosikal mereka.

“Ini (insentif untuk menggalakkan pembelian EV di Malaysia) merupakan satu cadangan yang baik untuk dimasukkan dalam Belanjawan 2024. Saya yakin Perdana Menteri (selaku) Menteri Kewangan akan memberi pertimbangan yang sewajarnya,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pusat Pengalaman rydeEV Yinson GreenTech di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan mengenai kemungkinan insentif EV dimasukkan dalam Belanjawan 2024.

Pusat Pengalaman rydeEV yang dilancarkan itu membolehkan pengunjung merasai masa depan mobiliti mikro dan kemudahan teknologi bateri boleh tukar Yinson GreenTech, mendaftar pakej pajakan untuk pemilikan atau pajakan yang berpatutan, mendapatkan e-motosikal mereka diservis atau dibaiki serta membeli barangan rydeEV.

Sementara itu, Tengku Zafrul dalam ucapannya berkata MITI akan terus menyokong pertumbuhan infrastruktur pengecasan EV untuk kenderaan dua roda, sama seperti usaha kerajaan yang komited untuk memasang 10,000 pengecas EV menjelang 2030.

Kerajaan juga akan terus menyokong dan memudahkan inisiatif serupa yang menyumbang kepada matlamat bersama iaitu Malaysia yang lebih bersih, hijau dan lebih makmur, katanya.

“Memandangkan bateri EV merangkumi sehingga 70 peratus daripada kos, kaedah pertukaran bateri boleh mengurangkan kos pemilikan dengan ketara untuk pemilik e-motosikal.

“Dengan pemilikan sifar dan masalah penyelenggaraan, perkhidmatan langganan bateri ini mampu mempopularkan EV ke tahap baharu, yang mana pengguna boleh terus menghidupkan e-motosikal mereka dan menikmati tunggangan,” katanya.

Beliau juga pada masa yang sama menggalakkan lebih banyak syarikat tempatan untuk menceburi industri EV dua roda. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan