Search
Close this search box.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Maimunah Iskandariah berkenaan menandatangai plak Kembara Kenali Borneo di Kampung Penan Batu 10. Foto Fiqri Razak (TVS)

Konvoi Kembara Kenali Borneo singgah di Kampung Penan Muslim Batu 10

ByAkma Salleh

BINTULU, 10 Sept: Konvoi Kembara Kenali Borneo yang meninggalkan Miri singgah di Kampung Penan Muslim Batu 10 di sini hari ini.

Keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Maimunah Iskandariah sekitar pukul 6 petang disambut oleh Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Dato Majang Renggi.

Setibanya di sini, Al-Sultan Abdullah berkenaan menandatangai plak Kembara Kenali Borneo dan menunaikan solat Asar.

Baginda berdua kemudiannya mencemar duli menyertai santapan petang bersama penduduk sebelum menyampaikan bantuan kepada 100 orang asnaf di kampung ini.

Usai majlis di sini, konvoi yang turut disertai Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Panglima Raja Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah singgah ke Nyabau Interchange untuk merakam gambar kenang-kenangan di situ.

Terdahulu, keberangkatan Seri Paduka dan keluarga diraja di kampung itu disambut meriah oleh penduduk kampung malah ada yang mengenakan busana tradisional Penan.

Turut hadir Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing.

Esok, konvoi Kembara Kenali Borneo dijadual melawat Rumah Raymond Plen, Sungai Gelam, Sebauh. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan